Terjemahan dan Jurubahasa
WorkCover WA komited untuk menyediakan capaian dan sokongan kepada pelanggan dan pekerja yang mempunyai latar belakang pertuturan yang bukan bahasa Inggeris.
Terjemahan
Pelbagai terbitan penting telah diterjemahkan untuk kemudahan anda. Sila lihat pautan-pautan di bawah ini.
Jurubahasa
Jurubahasa boleh dimohon oleh:
- pekerja yang tercedera
- penyedia pemulihan yang diluluskan
- pengamal perubatan
- kawan atau ahli keluarga pekerja yang tercedera
Kos perkhidmatan jurubahasa akan dibiayai oleh WorkCover WA.
Jurubahasa boleh disediakan untuk anda melalui notis 24 jam untuk membantu dengan:
- pertanyaan meja pelanggan
- melengkapkan borang dan permohonan
- telesidang, pendamaian dan perbicaraan timbang tara bagi tuntutan yang dipertikai.
Perkhidmatan Penterjemahan dan Alih Bahasa
Pelbagai perkhidmatan jurubahasa digunakan oleh WorkCover WA:
- Translators International; 9321 1960
- Translating and Interpreting Service (TIS); 131 450 yang menyediakan perkhidmatan 24 jam atau jurubahasa di tapak untuk menjalankan temu bual bersemuka melalui talian 1300 655 082
- WA Interpreters Pty Ltd boleh didapati melalui talian 9361 3248.
Alih Bahasa Melalui Telefon
Untuk menggunakan perkhidmatan alih bahasa melalui telefon:
- Langkah 1
Telefon: 131 450 - Langkah 2
Beritahu telefonis bahasa pertuturan anda - Langkah 3
Beritahu telefonis bahawa anda ingin menghubungi Perkhidmatan Nasihat WorkCover WA melalui talian 1300 794 744.